Lebuhraya MEX Mengaktifkan Ujian Bayaran Tol Melalui Kad Debit

TechnologyDigital
2 Aug 2023 • 3:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lebuhraya MEX kini dilihat telah memulakan ujian rintis untuk pembayaran tol menggunakan kad debit – sebagai alternatif untuk Touch n Go. Melalui ujian kami sendiri, ia telah berfungsi di beberapa plaza tol laluan Lebuhraya MEX, dan beroperasi dengan lancar.

Sebanyak dua terminal disediakan, iaitu satu khusus untuk Touch n Go, dan satu lagi untuk kad debit Visa dan Mastercard.

image is not available

image is not available

Kerajaan sebelum ini sedia mengumumkan sebanyak 12 plaza tol akan menyokong sistem bayaran melalui kad debit menjelang September 2023 ini. Lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).

image is not available