Lebuhraya Pasir Gudang Bukan Lagi Jalan Paling Teruk Di Malaysia!

24 Nov 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lebuhraya Pasir Gudang yang pernah disenaraikan sebagai jalan kedua paling teruk Malaysia, sudah pun terkeluar daripada senarai 10 jalan paling teruk di Malaysia.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, perubahan  itu hasil pelaksanaan kerja penambahbaikan secara berterusan sejak kerajaan negeri mengambil alih pemantauan di laluan berkenaan.

image is not available

"Dulu masa mula-mula kita ambil alih pemantauan di Lebuhraya Pasir Gudang, jalan ini merupakan jalan teruk.

"Selepas itu pemantauan kenderaan berat yang lebih muatan dilakukan. Jalan Pasir Gudang ini selalu digunakan kenderaan berat sebab terdapat banyak kawasan industri dan sebagainya," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail pada Khamis.

Mohamad Fazli (Bukit Pasir- BN) sebelum itu menjawab soalan tambahan ADUN Permas (BN), Baharudin Mohamed Taib mengenai tempoh siap projek Lebuhraya Pasir Gudang dan isu lampu jalan di Lebuhraya Pasir Gudang.