
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof memaklumkan bahawa Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan dibuka mulai jam 12 tengah hari esok, 16 September 2022.
Menerusi perkongsian beliau di Twitter, Fadillah turut menambah bahawa tol secara percuma juga akan diberikan bagi kenderaan yang melalui lebuhraya tersebut selama sebulan.
Saya mengumumkan tol diberikan secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengahari, 16 September 2022, sempena pelancaran Fasa Pertama Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) . Moga memanfaatkan #KeluargaMalaysia pic.twitter.com/0XSfgBqo3j
— Fadillah Yusof
(@PetraJayaMP) September 15, 2022
Terdahulu, pembukaan lebuhraya SUKE dijangka akan mengurangkan kesesakan trafik di bahagian timur ibu negara dengan kira-kira 80,000 kenderaan bakal menggunakan laluan tersebut setiap hari, lapor Bernama.
Memetik laporan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Mohammad Azlan berkata pembukaan laluan sejauh 24.4 kilometer (km) dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang akan mengurangkan kesesakan trafik sekitar 30 peratus sepanjang Lingkaran Jalan Tengah 2 (MRR2) Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew.
Maklumat lanjut akan menyusul
Sumber: Twitter Fadillah Yusof
The post Lebuhraya SUKE Fasa Pertama Dibuka Mulai 12 Tengah Hari Esok, Tol Percuma Selama Sebulan appeared first on Siakap Keli.
