Lee Jaewook Enggan Terajui ‘Dear Hongrang’ Pada Awalnya, Namun Terbuka Hati Atas Sebab Ini

EntertainmentMovie
21 May 2025 • 1:41 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Korang tahu tak, Lee Jae-wook pada awalnya telah menolak tawaran untuk terajui drama “Dear Hongrang”.

Menerusi satu temu bual, Lee Jae-wook berkongsi bahawa dia enggan membintangi drama “Dear Hongrang” kerana dia baru sahaja selesai rakaman untuk “Alchemy of Souls”, yang juga memerlukannya untuk memakai ‘hanbok’ .

Namun, dia akhirnya mengubah fikiran selepas menerima surat daripada penulis drama tersebut. Luah Lee Jae-wook,

Penulis memberi saya sepucuk surat sehingga 5-6 muka surat. Ia bercakap tentang bagaimana watak Hong-rang menyerupai watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini iaitu Jang Uk dalam ‘Alchemy of Souls’.

image is not available

Sambugnya lagi,

Saya membaca surat itu semasa berada di luar negara dan saya menangis. Saya fikir ‘Mereka melihat saya dengan begitu terperinci dan benar-benar mahukan saya. Macam mana saya nak tolak?’.

Sementara itu, “Dear Hongrang” telah berjaya menduduki tangga ke-7 di ranking Netflix global selepas hampir seminggu disiarkan.

Watak ni memang sesuai dengan Lee Jae-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.