Lee Jongsuk Dilamar Jadi Ahli Bomba Dalam Drama ‘1 Second’

Entertainment
12 Apr 2024 • 9:19 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Adakah Lee Jong-suk bakal kembali dengan drama baru tak lama lagi?

Menurut laporan media, pelakon lelaki itu bakal menerajui “1 Second” yang diadaptasi dari webtoon popular dan bakal bersiaran di platform atas talian Disney+. Khabarnya, perbincangan antara Lee Jong-suk dan pihak produksi sedang berjalan dengan positif kini, maka ada kemungkinan besar lelaki itu akan menerajuinya.

Ianya membawa kisah ahli bomba yang yang berlawan dengan masa bagi menyelamatkan mangsa. Berlatarbelakangkan sebuah balai bomba di bandar fiksyen, ianya akan memaparkan watak Ho-su di mana dia mempunyai kadar kejayaan sebanyak 100% semasa misi menyelamat dek kemampuan luar biasa untuk melihat masa depan.

image is not available

Jangkaan tinggi diberikan buat naskhah ini memandangkan ini kali pertama Lee Jong-suk muncul dalam naskhah asal untuk platform atas talian.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.