Lee Jongsuk Dilamar Sertai Go Minsi Dalam Drama Romantik ‘I’m Against My Romance’

22 Nov 2023 • 10:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Rindu nak tengok Lee Jong-suk berlakon dalam drama tak?

Terbaru, media melaporkan lelaki itu menerima tawaran untuk menerajui naskhah garapan Lee Eung-bok iaitu ‘I’m Against My Romance’.

Ianya membawa kisah bekas kekasih yang kembali bersama dan menerokai sama ada mereka menyambung hubungan yang biasa dilalui atau sesuatu yang baru.

Respon agensinya,

Dia ada menerima tawaran ‘I’m Against My Own Romance’ dan sedang menelitinya.

image is not available

Dalam pada itu, Go Min-si juga sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan kini namun belum ada kata putus lanjut mengenainya setakat ini.

Lee Jong-suk dikatakan bakal membawa watak Kim Tae-kyung, seorang watak yang mempunyai naluri hebat, berprinsip dan baik. Manakala, Go Min-si dilamar membawa watak Hong Je-bi.

Harap mereka terima!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.