Lee Jongsuk & Moon Gayoung Bakal Datang Ke Malaysia Untuk Tayangan Akhir ‘Law and the City’

LocalEntertainment
24 Jul 2025 • 2:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular Korea, Moon Ga-young dan Lee Jong-suk bakal mengunjungi Malaysia sempena tayangan episod akhir drama hit mereka, “Law and the City”. Acara istimewa ini akan berlangsung pada 10 Ogos 2025, di mana mereka akan menonton bersama 1,000 peminat bertuah dalam sebuah tayangan eksklusif.

Acara itu dijangka menjadi tumpuan ramai memandangkan “Law and the City” telah mendapat sambutan hangat sejak tayangan perdananya. Gabungan lakonan mantap dan chemistry luar biasa antara Ga-young dan Jong-suk menjadikan drama ini antara kegemaran peminat K-Drama tahun ini.

image is not available

Penganjur juga menjanjikan beberapa kejutan menarik semasa sesi tayangan, termasuk peluang peminat untuk bertemu secara dekat dengan kedua-dua bintang utama ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada penamat epik bersama Moon Ga-young dan Lee Jong-suk di Malaysia.

Nantikan maklumat lanjut!

image is not available 2025-07-24 11:58:09

“Menggiurkan” - Penampilan Song Jihyo Buat Ramai Tak Berkelip Dalam 'Running Man'