Lee Joobin & Ahn Bohyun Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Spring Fever’

WorldEntertainment
16 Oct 2024 • 10:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Ahn Bo-hyun bersama Lee Joo-bin.

Menurut laporan media, Ahn Bo-hyun dan Lee Joo-bin telah dipilih sebagai teraju utama untuk drama terbaru tvN berjudul “Spring Fever”.

Sebagai respon, kedua-dua pihak memberitahu bahawa mereka telah menerima tawaran untuk muncul dalam naskhah tersebut namun, masih dalam perbincangan.

image is not available

“Spring Fever” akan mengisahkan tentang seorang wanita yang berpindah dari Seoul kerana tersakiti dan hidupnya berubah selepas bertemu dengan seorang lelaki.

Diarahkan oleh Park Won-gook dari “Marry My Husband”, drama ini dijangka akan memulakan penggambaran pada 2025 ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.