
Ada drama sukan baru untuk korang!
“My Lovely Boxer” membawa kisah mengenai peninju yang genius, Lee Kwon-sook (Kim So-hye) dan seorang ejen yang sukar untuk rasa bersalah dalam mengatur perlawanan para atletnya, semata-mata demi wang dan kejayaan.
Untuk episod awal ini, Kim Tae-young (Lee Sang-yeob) bekerja keras dan menunjukkan minat pada Lee Kwon-sook bagi menarik gadis itu untuk menjadi peninju profesional. Walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya namun ejen itu berjaya memujuk supaya Lee Kwon-sook untuk menerima tawaran lumayan itu.

Bagi awal tayangan, “My Lovely Boxer” meraih rating sebanyak 2% sahaja dan menurun kepada 1.8%. Meskipun agak rendah, namun ramai yang memuji persembahan Lee Sang-yeob sebagai teraju utama.
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Lee Sangyeob Jadi Teraju Utama, Episod Awak ‘My Lovely Boxer’ Raih 1% Sahaja first appeared on KimchiDaily.my.

