Lee Zii Jia menang gangsa, kedai mamak pasang bunga api rai kejayaan

6 Aug 2024 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemain badminton lelaki profesional perseorangan negara, Lee Zii Jia menang gangsa malam tadi apabila berjaya menundukkan pemain dari India, Lakshya Sen menerusi rubber set, 13-21,21-16, 21-11.

Pastinya kejayaan tersebut dirai bukan sahaja di Paris tetapi rakyat Malaysia yang menonton penuh debar di Malaysia.

image is not available

Lee Zii Jia menang gangsa, bunga api dipasang di kedai mamak

Susulan daripada itu, kemenangan Zii Jia meraih pingat gangsa telah disambut dengan begitu meriah di sebuah kedai mamak sekitar Setapak apabila ada pihak menyalakan bunga api sebagai tanda kegembiraan di atas prestasi pemain tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan semula satu akaun X dikenali sebagai skaterrlinn, dapat dilihat berbagai bangsa berada di lokasi berkenaan bagi sama-sama meraikan kemenangan tersebut.

image is not available

Lee Zii Jia menang gangsa, semua bersorak di kedai mamak

Mereka yang menonton perlawanan Zii Jia di skrin besar yang disediakan di premis berkenaan bersorak dengan kuat apabila pemain tersebut mencapai mata terakhir sebelum disahkan berjaya mendapatkan pingat gangsa bagi Olimpik Paris kali ini.

image is not available

Rakyat Malaysia sentiasa support Lee Zii Jia

Perkongsian tersebut sudah tentu mendapat perhatian daripada netizen di media sosial kerana menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi tanpa mengira bangsa, agama ataupun kepercayaan.

Tindakan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sememangnya satu bentuk sokongan yang membuktikan bahawa mereka masih lagi percaya dengan kemampuan para atlet negara yang sedang berjuang membawa nama Malaysia tak kira apa acara sekali pun.

image is not available

Dia menang dihati kita semua

image is not available

Macam merdeka!

image is not available

Sebenarnya ramai yang sentiasa support LZJ

image is not available

Terdahulu, Lee Zii Jia yang baru sahaja memenangi pingat gangsa telah menangis sewaktu ditemu bual apabila meluahkan apa yang dirasa sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Dia yang tertanya-tanya apa kesalahan yang dilakukan apabila kerap menerima kecaman di berita-berita memaklumkan yang hidupnya hanya melakukan rutin harian sahaja dengan bangun pagi dan memulakan latihan seperti biasa.

Sumber: X skaterrlinn