Leform raih kontrak bernilai AS$1.95 juta bekal pagar lebuh raya bagi projek pembaikan jalan di Kemboja

Business & Finance
24 Nov 2023 • 6:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Leform raih kontrak bernilai AS$1.95 juta bekal pagar lebuh raya bagi projek pembaikan jalan di Kemboja

azan

24/11/2023 - 18:18

KUALA LUMPUR 24 Nov - Leform Berhad menerusi Leform Metal Sdn. Bhd. bersama Nim Meng Group Co. Ltd. meraih kontrak bernilai AS$1.95 juta bagi membekalkan pagar lebuh raya bagi projek pembaikan Jalan Nasional No. 5, pakej 4 di Kemboja.

Projek itu bertujuan meningkatkan kapasiti pengangkutan serta kecekapan logistik di bahagian antara Thlea Puan dan Battambang dan Sri Sophorn-Poipet di sepanjang Jalan Nasional No. 5 yang menghubungkan Phnom Penh dan sempadan Thailand, dengan menambah baik keadaan jalan sedia ada dan membina pintasan baharu di Pursat.

Pengarah Urusan Leform, Law Kok Thye berkata, kontrak baharu ini mewakili langkah strategik pihaknya bagi mengembangkan jejak perniagaan serantau serta menguasai bahagian pasaran yang lebih besar dalam industri keluli.

"Kami yakin dapat melaksanakan projek itu berdasarkan spesifikasi pelanggan.

"Oleh itu, kami berharap untuk memenangi lebih banyak projek dalam jangka masa terdekat dan pertengahan dengan memanfaatkan kepakaran yang akan menyumbang untuk membina rekod prestasi yang lebih kukuh dalam industri,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Walaupun industri keluli menghadapi permintaan yang lemah akibat faktor makroekonomi yang tidak menggalakkan serta ketidakstabilan geopolitik, kumpulan itu optimis bahawa pelaksanaan projek domestik seperti diumumkan semasa Belanjawan 2024 akan berpotensi untuk meningkatkan semula permintaan keluli.

Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved