Lega, Harga RON95,RON97, Diesel Kekal Bermula 24 April-30 April 2025

LocalBusiness & Finance
24 Apr 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah. Ini bermakna, harga RON97 (RM3.18) dan RM2.05 seliter (RON95) bermula dari hari ini hingga 30 April 2025.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.