Legasi Tan Sri Mustapha Kamal membara dalam Piala FA Selangor

LocalFootball
28 Apr 2025 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saingan Piala FA Selangor 2025 kini diberi wajah baharu apabila secara rasmi dikenali sebagai Piala Tan Sri Mustapha Kamal.

SAINGAN Piala FA Selangor 2025 kini diberi wajah baharu apabila secara rasmi dikenali sebagai Piala Tan Sri Mustapha Kamal.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penjenamaan semula ini adalah sebagai tanda penghormatan dan bagi mengenang jasa serta semangat Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal dalam memajukan pembangunan bola sepak akar umbi di negeri Selangor.

"Penjenamaan ini melambangkan penghargaan yang mendalam terhadap dedikasi beliau yang akan terus menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang," demikian menurut kenyataan FAS.

Badan induk bola sepak negeri itu turut menambah, "Inisiatif ini juga menjadi simbol kerjasama yang erat antara Persatuan Bolasepak Selangor dan Emkay Group dalam usaha bersama-sama membangunkan ekosistem bola sepak akar umbi di Selangor untuk tempoh lima tahun yang akan datang."

Langkah ini dijangka akan memberikan semangat baharu kepada saingan Piala FA Selangor, sambil terus memupuk minat dan pembangunan pemain bola sepak di peringkat akar umbi negeri tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved