Legenda bola sepak Jerman Franz Beckenbauer meninggal dunia

Football
9 Jan 2024 • 3:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BERLIN: Franz Beckenbauer (gambar), pemain hebat yang mengungguli bola sepak Jerman dan dunia selama lebih lima dekad meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Berita menyedihkan itu disahkan keluarga Beckenbauer dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau yang dikenali dengan gelaran “Der Kaiser” telah mentakrifkan semula peranan “sweeper” dengan mencorakkan permainan dari bawah dengan kawalan bola yang tenang dan mempunyai visi seperti ‘pakar catur’, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Impak Beckenbauer tidak terhad pada padang. Beliau menjulang Piala Dunia dua kali, pertama sebagai kapten pada tahun 1974 dan kemudian sebagai pengurus pada tahun 1990, pencapaian yang hanya diraih beberapa legenda bola sepak.

Beliau turut membimbing Bayern Munich untuk meraih banyak kejuaraan Bundesliga dan Eropah, meninggalkan ‘memori’ yang tidak dapat dilupakan kelab berkenaan. -Bernama