
Legenda bola sepak negara, Shaharudin Abdullah, 75, disahkan meninggal dunia jam 5.07 pagi tadi akibat sesak nafas di Hospital Taiping.
Menurut laporan Buletin TV3, perkara tersebut dimaklumkan oleh pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dimana arwah turut menghidap masalah darah tinggi dan kencing manis.

Arwah yang turut dikenali sebagai ‘The Black Cat’ dan ‘sharpshooter’ telah meninggalkan tujuh orang anak malah pemergian beliau memberi impak mendalam untuk rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, arwah terkenal dengan kelincahan dan ketajaman tindakan penyudahnya ketika zaman puncak sebagai tonggak pasukan kebangsaan pada Sukan Olimpik Munich 1972.


Difahamkan, anak arwahyarham iaitu , Shahrina Shaharuddin memberitahu bapanya akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Silverstone, Taiping.

Sumber: Buletin TV3
The post Legenda Bola Sepak Negara, Shaharudin Abdullah Meninggal Dunia appeared first on Borak Daily.



