Legenda Liverpool, Alan Hansen tenat di hospital

Football
10 Jun 2024 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hansen merupakan ketua pasukan Liverpool selama empat musim dan sudah menabur bakti dalam 620 penampilan secara keseluruhan. - Foto Astro ARENA

LEGENDA Liverpool, Alan Hansen, dalam keadaan tenat susulan dimasukkan ke hospital dan sedang bertarung nyawa di wad kecemasan ketika ini.

Buat masa sekarang, tiada maklumat penuh diperoleh semasa dia dikejarkan ke hospital, namun pengurusan juara Piala Liga Inggeris (EFL) itu sedang mendapatkan informasi lanjut melalui keluarganya.

Sebagai rekod, individu berusia 68 tahun itu merupakan watak penting The Reds pada era 1980 yang memenangi kejohanan piala liga sebanyak lapan kali selain tiga trofi Eropah dan dua Piala FA Inggeris sepanjang 14 tahun bersama kelab itu.

Selain itu, Hansen merupakan ketua pasukan kelab tersebut selama empat musim dan sudah menabur bakti dalam 620 penampilan secara keseluruhan. - Astro Arena

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved