Legenda Manchester United, Sir Bobby Charlton Disahkan Meninggal Dunia

Football
22 Oct 2023 • 12:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Legenda Manchester United, Sir Bobby Charlton Disahkan Meninggal Dunia

Legenda bola sepak England dan Manchester United, Sir Bobby Charlton dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun, lapor ESPN.

Perkara itu diumumkan oleh kelab Manchester United sebentar tadi.

Charlton adalah sebahagian daripada ahli pasukan England yang memenangi Piala Dunia pada 1966.

Dua tahun kemudian beliau menyumbangkan dua gol ketika Manchester United memenangi Piala Eropah di Wembley.

“Manchester United sedang berkabung berikutan pemergian Sir Bobby Charlton, salah seorang pemain terhebat dan paling disayangi dalam sejarah kelab kami.

“Sir Bobby adalah wira kepada jutaan orang, bukan sahaja di Manchester atau United Kingdom. Tetapi beliau wira bola sepak di seluruh dunia.

“Dia sangat dikagumi kerana semangat kesukanan dan integritinya sebagai pemain bola sepak. Sir Bobby akan sentiasa diingati.

Sir Bobby memiliki rekod dan pengalaman yang luas dalam sukan bola sepak

“Seorang lulusan Akademi remaja, Sir Bobby bermain 758 perlawanan dan menjaringkan 249 gol selama 17 tahun sebagai pemain Manchester United. Beliau memenangi Piala Eropah, tiga kejuaraan liga dan Piala FA. Untuk England, dia memenangi 106 caps dan menjaringkan 49 gol untuk England, dan memenangi Piala Dunia 1966.

“Selepas persaraannya, dia terus berkhidmat bersama kelab dengan cemerlang sebagai pengarah selama 39 tahun. Rekod pencapaian, watak dan perkhidmatannya yang tiada tandingannya. Beliau akan kekal dalam sejarah Manchester United dan bola sepak Inggeris; dan legasinya akan kekal abadi. Terutama melalui kerja mengubah hidup Yayasan Sir Bobby Charlton.

“Kelab bersimpati ke atas isterinya Lady Norma, anak perempuan, cucunya, dan semua yang menyayanginya.” kata kenyataan itu.

Pemergian Sir Bobby turut dimaklumkan oleh ahli keluarganya yang sedang bersedih.

“Dengan penuh kesedihan, kami berkongsi berita bahawa Sir Bobby meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi Sabtu. Dia dikelilingi oleh keluarganya,” tulis kenyataan keluarga mendiang.

Sir Bobby bersara pada tahun 1980 selepas berkhidmat di Preston, Waterford dan di Australia bersama Newcastle KB United, Perth Azzurri dan Blacktown City.

Sumber: ESPN