Legenda tenis Martina Navratilova berjuang lawan kanser leher, payudara, enggan menyerah kalah

3 Jan 2023 • 4:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

LEGENDA tenis dan pemenang perseorangan Grand Slam 18 kali, Martina Navratilova pernah menggegarkan arena tenis dunia. Juarai perseorangan Wimbledon sebanyak sembilan itu kini disahkan menghidap kanser tekak dan payudara.

Berita duka dikongsikan media antarabangsa menyentuh hati para peminat. Navratilova, 66, terdahulu menghidap kanser payudara dan telah menjalani pembedahan ‘lumpectomy’ untuk membuang tisu abnormal pada 2010.

Difahamkan kedua-dua barah yang dihidapi Navratilova masih di peringkat awal. Beliau bakal menjalani rawatan di New York, Amerika Syarikat akhir bulan ini.

image is not available

“Ia merebak dengan serius, tetapi boleh dipulihkan. Saya berharap hasil rawatan yang semakin baik. Ia mungkin ‘buruk’ buat sementara waktu tetapi saya akan berjuang dengan semua yang saya ada,” katanya.

Navratilova menyedari pembengkakan pada nodus limfa pada lehernya manakala ujian biopsi mendedahkan beliau menghidap kanser tekak tahap satu.

Ujian pengesanan juga menemukan ketulan pada payudaranya yang kemudian didiagnosis sebagai kanser.

“Kedua-dua kanser ini berada di peringkat awal dengan hasil yang hebat,” tambah wakil Navratilova, Mary Greenham.

image is not available
Martina pada zaman kegemilangannya.

Navratilova berkata beliau pernah hilang semangat selepas disahkan menghidap kanser pada 2010.

Kali ini beliau memutuskan untuk mendedahkannya kepada umum bagi membantu wanita lain mengalami masalah kesihatan yang sama.

Kuat dan cekal, beliau enggan menyerah dan berazam akan berjuang sehingga sembuh.

“Telefon dan Twitter saya kedua-duanya ‘meletup (menerima notifikasi).

“Sekali lagi, terima kasih semua atas sokongan anda dan saya belum selesai lagi 🙂 Xoxoxo,” titip beliau di Twitter.

10 INFO KANSER KEPALA DAN LEHER

image is not available
Kredit foto: Pexels

Kebanyakan penyakit kanser kepala dan leher tidak diketahui puncanya. Bagaimanapun ada yang dikaitkan dengan faktor keturunan seperti kanser pangkal hidung.

Selain dari itu, faktor-faktor penyumbang termasuklah amalan merokok, minuman beralkohol, makan sirih, kapur atau gambir, penjagaan mulut yang tidak sempurna, jangkitan virus dan sebagainya.

Waspada dan peka pada peringkat awal. Berikut adalah tanda-tanda kanser kepala dan leher:

1.Bengkak pada leher atau anggota yang terlibat.

2.Luka yang tidak sembuh melebihi dua minggu.

3.Pendarahan hidung yang lambat berhenti kecuali ada penyebab seperti trauma.

4.Sukar bernafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

5.Sukar atau sakit semasa menelan.

6.Mata kabur atau nampak berbayang.

7.Gigi reput atau mudah tanggal.

8.Hidung tersumbat.

9.Telinga bernanah dan berdarah.

10.Perubahan pada suara.

11.Batuk berdarah.

12.Juling yang bukan semula jadi atau sejak lahir.

13.Sakit kepala yang berterusan.

Jika mendapat tanda-tanda di atas, anda disarankan berjumpa dengan doktor untuk rujukan kepada pakar Otorinolaringologi atau doktor pergigian bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Kanser jenis ini mempunyai peluang baik untuk sembuh jika mendapat rawatan pada peringkat awal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved