
Legenda WWE ‘Superstar’ Billy Graham Meninggal Dunia
Legenda World Wrestling Entertainment (WWE) ‘Superstar’ Billy Graham dilapor telah meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas mesin sokongan hayat digunakannya ditanggalkan pada Rabu, lapor Metro UK.
Difahamkan, Billy terpaksa bergantung hidup menggunakan mesin sokongan hayat tersebut ekoran disahkan menghidapi pelbagai masalah kesihatan.
Lebih sebak detik pilu dia menghembuskan nafas terakhir semasa mesin sokongan hayat ditanggalkan itu disaksikan oleh isteri dan anak perempuannya di sisinya.
Isu kesihatan Billy baru-baru ini memberi kesan kepada tubuhnya, keluarganya juga mengatakan dia kehilangan kira-kira 20 kilogram berat badan, memetik TMZ.
Selain jangkitan yang ketara pada bahagian telinga dan tengkoraknya, Billy turut menghidap penyakit diabetes, kehilangan pendengaran dan kegagalan jantung kongestif.
Billy yang juga merupakan The Hall of Famer dan perintis gusti, telah mempengaruhi banyak bintang lain ketika eranya termasuk Hulk Hogan, Ric Flair dan banyak lagi.
Flair adalah orang pertama yang mendedahkan berita sedih itu di media sosial miliknya.
“Superstar Billy Graham baru sahaja meninggalkan kami. Terima kasih atas pengaruh anda semua terhadap kerjaya saya,” tulisnya.
Manakala, WWE turut memberi penghormatan terhadap kematian Billy dengan menulis satu kenyataan buatnya.
“WWE berada sedih apabila mengetahui WWE Hall of Famer ‘Superstar’ Billy Graham telah meninggal dunia.
“Seorang bekas juara WWE, gaya fesyen Billy yang menonjol serta fizikal badannya telah mencipta pola dasar untuk generasi baru mengikut jejak langkahnya,” kata WWE.
Isteri dedah Billy masuk ICU
Awal minggu ini, isteri Billy, Valerie mendedahkan dia telah menggunakan bantuan mesin sokongan dan dimasukkan ke dalam wad unit rawatan rapi (ICU) selama beberapa minggu.
Valerie mengumumkan berita itu di dalam Facebook pada Isnin dengan meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan suaminya.
“Doktor mahu menanggalkan mesin sokongan hayat itu pada malam ini (Isnin), tetapi saya menolak.
“Dia seorang pejuang dan kehendaknya kuat walaupun badannya berkata berlainan,” ujarnya.
Untuk rekod, Billy berjaya mencipta nama dalam Persatuan Gusti Amerika dan juga di WWE.
Dia juga telah dilantik ke dalam Hall of Fame pada tahun 2004, setelah membimbing peninju lain seperti Jesse Ventura, Hulk Hogan, Ric Flair dan Scott Steiner.
The Superstar Billy Graham Just Left Us THANK YOU FOR ALL YOUR INFLUENCE On My Career! pic.twitter.com/YH0eT2NM4p
— Ric Flair® (@RicFlairNatrBoy) May 18, 2023
Sumber: Metro UK
The post Legenda WWE, ‘Superstar’ Billy Graham Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.


