Legion Glasses Kini Di Pasaran Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM1819

TechnologyDigital
16 Apr 2024 • 7:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak lama selepas konsol permainan PC Lenovo Legion Go diperkenalkan di pasaran tempatan, kini tiba giliran kaca mata AR Legion Glasses pula untuk tiba di Malaysia, dan dipasarkan pada harga RM1819.

Lenovo Glasses ini hadir dengan teknologi paparan micro-OLED, menawarkan pengalaman seumpama menggunakan skrin resolusi 1920x1080p untuk setiap mata pada kadar resolusi 60Hz.

image is not available

Sambungan USB-C digunakan untuk ia dihubungkan ke peranti lain, dan menariknya Lenovo Glasses ini mesra platform dan pelbagai peranti – termasuk Windows, macOS, Android dan iOS. Memandangkan pelbagai peranti ini mengenal-pasti ia sebagai sebuah skrin monitor, maka proses sambungan adalah mudah. Lenovo sendiri menyertakan kabel sepanjang 1.2 meter untuk tujuan sambungan.

image is not available

Selain daripada itu, setiap pembelian kaca mata Legion Glasses ini akan hadir dengan satu sampel lensa yang boleh digunakan untuk membuat lensa kaca mata sekiranya anda memerlukannya. Anda boleh membawa sampel ini ke mana-mana kedai kaca mata, dan ia boleh digunakan sebagai contoh untuk anda membuat lensa khusus untuk Legion Glasses ini.

image is not available

Jika anda berminat untuk membeli kaca mata Legion Glasses ini, anda boleh membuat pembelian di laman web Lenovo Malaysia sekarang.