“Leher Kena Jerut, Ugut Hilang Nyawa” – Lelaki Psiko Belasah Sebab Teman Wanita Tak Nak ‘Bl*wjob’

Entertainment
17 Jul 2023 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman media sosial Twitter seorang individu mendedahkan kawan perempuannya menjadi mangsa seorang lelaki psiko dan gila seks.

Melalui tweet yang di muat naik, mangsa telah menjalinkan hubungan bersama lelaki terbabit selama 10 bulan dan sebelum memutuskan hubungan, lelaki itu sering meminta gadis tersebut melakukan hal-hal seksual bersamanya.

image is not available

Oleh kerana rakan perempuan individu yang membuat tweet itu menolak permintaan puaskan nafsu lelaki psiko tersebut, dia bertindak memukul malah menjerut leher mangsa.

image is not available

Bukan sekadar memukul, malah lelaki psiko itu juga mengugut nyawa gadis terbabit jika tidak melayannya.

image is not available

Dalam pada itu, individu berkenaan turut berkata rakannya sebelum ini kekal bertahan dalam hubungan toxic itu kerana lelaki berkenaan sering menggunakan status anak yatim untuk raih simpati ramai termasuklah si mangsa.

image is not available

 

Sedar kelakuan lelaki terbabit sudah berlebihan, mangsa telah pun membuat laporan polis dan ditahan reman selama 4 hari tetapi tindakan yang dikenakan hanya sekadar denda, malah kini sudah bebas bersama rekod jenayah.

 

Sehingga kini, tweet tersebut telah raih perhatian ramai, di mana sebanyak 8000 retweet dan 4000 tanda suka daripada pengguna.

image is not available 1 year ago

“Dia Genggam Tangan.." - Dipaksa Beri Nama FB, Gadis Trauma Diganggu Lelaki 'Psiko' Di MRT