Leher Oyen Tersangkut Pada Lubang Dinding Lepas Kejar Lipas

19 Feb 2024 • 5:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Leher Oyen Tersangkut Pada Lubang Dinding Lepas Kejar Lipas

Tekun mengejar lipas, seekor ‘Oyen’ dilaporkan tersangkut pada satu lubang dinding di sebuah rumah yang terletak di Taman Sunny, Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.

Menurut laporan Sinar Harian, kucing malang terbabit terpaksa menanggung kesakitan akibat terperangkap dalam lubang berkenaan selama hampir dua jam.

Pemilik kucing yang memiliki bulu berwarna jingga dan putih itu telah menyedari keadaan kucingnya sekitar 11.50 pagi. Susulan itu, dia telah meminta bantuan dengan menghubungi Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

image is not available
Gambar: APM Kota Kinabalu

Menurut Pegawai Bencana Operasi APM Kota Kinabalu, Ezra Gandui Daniel, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.59 pagi.

“Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan leher kucing tersangkut pada dinding rumah dan difahamkan haiwan itu tersangkut selepas mengejar lipas sehingga ke lubang tersebut.

“Setelah menilai keadaan, pasukan kami mendapat kebenaran daripada pengadu untuk memecahkan tembok dinding rumah pengadu,” kata Ezra.

Tambahnya lagi, selepas mendapat keizinan untuk memecahkan tembok rumah berkenaan, kucing yang tersangkut pada lubang tersebut berjaya diselamatkan.

image is not available
Gambar: APM Kota Kinabalu

Oyen dapat dikeluarkan daripada lubang

Selain membebaskan ‘Oyen’ daripada lubang berkenaan, pihak APM turut memastikan kucing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan ketika tembok dipecahkan.

Operasi tersebut berakhir dengan jayanya dan kesemua anggota serta kucing yang terlibat dalam misi ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available
Gambar: APM Kota Kinabalu

“Anggota juga bertindak melindungi kucing tersebut dengan selamat menggunakan selimut semasa memecahkan tembok rumah pengadu dan kucing itu berjaya diselamatkan selepas satu jam 45 minit terperangkap.

“Tiada sebarang kerosakan peralatan dan kecederaan terhadap anggota yang berlaku semasa di lokasi. Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 1.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, Ezra turut mengesahkan bahawa kucing itu merupakan haiwan sama yang pernah diselamatkan pihaknya sebelum ini. Kejadian tersebut turut berlaku di rumah dan di lubang yang sama.

Sumber: Sinar Harian