Leia Mayssa Wakil Malaysia & Asia Tenggara Ke Kem Matematik Antarabangsa

13 Sep 2024 • 9:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Leia Mayssa Wakil Malaysia & Asia Tenggara Ke Kem Matematik Antarabangsa

Pemenang pingat gangsa Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) 2024, Leia Mayssa Masyerin kini berada di kem Matematik antarabangsa berprestij, Math Beyond Limits (MBL) di Rycerka Dolna, Poland.

Sebagai satu-satunya wakil Malaysia ke Math Beyond Limits, remaja berusia 17 tahun ini sekaligus menjadi wakil pertama Asia Tenggara yang terpilih menyertai kem tersebut.

Menerusi perkongsian Olimpiad Matematik Malaysia di laman Facebook, Leia telah pun berada di sana sejak 8 September bersama 60 orang pelajar dari 32 buah negara seluruh dunia.

“Kem ini menghimpunkan pelajar yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Sekaligus membentuk komuniti persahabatan yang berpanjangan sepanjang hayat mereka.

“Aktiviti di kem ini merangkumi kelas-kelas matematik, sesi bimbingan tutor, pembentangan penyelidikan serta program-program peningkatan kemahiran insaniah,” kongsinya.

Melihat kepada jadual kem yang dikongsikan, aktiviti seharian Leia dipenuhi dengan kelas-kelas Matematik seperti calculus, linear algebra dan beberapa lagi kelas teori termasuk quantum computing dan knot theory. Leia turut dijadualkan mengikuti aktiviti berkhemah dan mendaki bukit bersama rakan seperjuangannya.

image is not available
Kredit: Olimpiad Matematik Malaysia

Untuk rekod, Leia sebenarnya sudahpun menamatkan persekolahannya pada tahun lalu dengan mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini merupakan salah seorang penuntut Tahun Pertama di Kolej MARA Banting Selangor.

“Perjalanan pendidikan sekolah menengahnya di Kolej PERMATA@Pintar Negara dipenuhi dedikasi dan cita-cita, menjadikan dia sebagai contoh teladan kepada adik-beradiknya. Dia turut mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pertandingan-pertandingan IMO,” ujarnya lagi.

image is not available
Kredit: Olimpiad Matematik Malaysia

Meniti tangga pendidikannya, Leia turut berjaya menempatkan namanya dalam senarai menunggu Massachusetts Institute of Technology (MIT), menurut Sri KDU Schools.

“Pada mulanya, saya ambil mudah tentang pertandingan-pertandingan ini, tetapi kemudiannya (mula) berfikir untuk buat yang terbaik, bukan hanya untuk menang,” kata Leia menerusi perkongsian bersama Sri KDU Schools.

Kejayaannya mewakili negara di pentas antarabangsa turut mendapat ucapan tahniah daripada pelbagai pihak.

Sumber: Olimpiad Matematik Malaysia (1) (2)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved