Leica D-Lux 8 Kini Boleh Dibeli Pada Harga Bermula RM8575

TechnologyDigital
4 Jul 2024 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Leica D-Lux 8 dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan Mei lalu. Bagi peminat kamera Leica, Leica D-Lux 8 kini akhirnya boleh dibeli. Kamera ini menggunakan sensor 21 MP M4/3 yang digandingkan dengan kanta Leica DC Vario-Summilux 10.9-34mm f/1.7-2.8 ASPH (bersamaan dengan 24-75 mm dalam format 35 mm).

image is not available

Selain turut menawarkan sokongan untuk format DNG sekaligus menjadikannya kamera D-Lux terawal yang menyokongnya. Penggunaan bersama aplikasi Leica FOTOS pula membolehkan pengguna memindahkan gambar di antara kamera dan telefon pintar dengan mudah.

image is not available

Ciri lain yang ada pada kamera ini juga adalah skrin sesentuh di bahagian belakang. Selain itu, ia akan didatangkan dengan pelbagai koleksi aksesori baharu yang menarik. Di Malaysia Leica D-Lux 8 boleh dibeli pada harga bermula RM8,575 hanya untuk tubuh sahaja, RM9,889 untuk berkas permulaan dan akhir sekali, RM12,410 untuk berkas pro.

View Original Article