Leica LUX Grip Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,575

TechnologyDigital
11 Feb 2025 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Leica telah melancarkan LUX Grip untuk peranti iPhone. Aksesori ini boleh mengubah peranti iPhone menjadi seakan sebuah kamera Leica Klasik. Bagi yang berminat, Lux Grip dijual pada RM1,575 yang termasuk langganan aplikasi Leica LUX Premium selama setahun. Ia bagaimanapun hanya disenaraikan sebagai pra tempahan tanpa tarikh pembelian khusus yang diperincikan oleh Leica Malaysia setakat ini.

image is not available

Leica Lux Grip boleh dilekatkan di belakang iPhone melalui MagSafe. Tambahan lagi sesuai digunakan kebanyakan pengguna sama ada kidal atau tangan kanan (right-handed) melalui rekaan yang boleh diputar. Ia juga menggunakan sambungan Bluetooth Low Energy untuk kawalan fungsi kamera tanpa melihat tetapan. Selain itu mempunyai butang yang boleh disesuaikan untuk menukar fungsi kamera dan mod penggambaran yang kerap digunakan. Bateri disertakan boleh mengambil sehingga 1000 keping gambar dan boleh dicas semula selama 2 jam melalui port USB-C.