LEICA M11-D Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM50,250

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kamera digital M11-D baharu telah diperkenalkan tanpa sokongan skrin di belakang dan bukan pertama kalinya Leica berbuat demikian. Sehingga kini Leica masih setia dengan reka bentuk ikonik minimalis sambil memberi tumpuan pada perkara penting tanpa kompromi. Leica turut memilih untuk meletakkan roda kawalan ISO yang besar dibelakang kamera sebagai ganti kepada skrin.

image is not available

Leica M11-D mempunyai sensor CMOS 60MP bingkai penuh dengan teknologi Triple Resolution. Sensor yang sama telah direka secara eksklusif untuk rangkaian Leica M11, serta menawarkan julat ISO daripada ISO 64 – ISO 50,000. Dengan cache 3GB pula, rakaman berterusan sehingga 5 imej/sesaat turut boleh dilakukan.

image is not available

Selain itu kamera mempunyai memori dalaman 256GB, di samping sambungan Wifi dan bluetooth yang semestinya menawarkan pakej cukup baik untuk jurugambar moden. Sebagai produk “Made for iPhone and iPad” yang diperakui turut telah menyediakan sambungan yang lancar terus ke peranti iOS.

image is not available

Paling menarik sudah tentulah sokongan piawaian Content Authenticity Initiative’s (CAI) C2PA yang menjadi ciri eksklusif untuk model M11-P sebelum ini untuk bantu menjamin ketulenan imej digital pengguna. Bermakna orang ramai boleh mengesahkan sama ada imej yang diambil menggunakan kamera ini telah disunting atau tidak. Jika terdapat suntingan maka perubahan yang dibuat akan dapat diketahui secara langsung.

image is not available

Penggunaan bersama aplikasi Leica FOTOS amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan – termasuk pilihan antara format fail DNG dan JPEG juga boleh dibuat melaluinya. Dengan berat hanya 540 gram (termasuk bateri), kamera ini lebih lebih ringan berbanding pendahulunya. Harga jualan adalah RM50,250 di Malaysia tanpa butiran lanjut mengenai ketersediaan.

View Original Article