Leica SL3 Kini Tiba Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Bermula RM36,400

TechnologyDigital
20 Mar 2024 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Leica Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa kamera digital terbaru mereka, Leica SL3 sudah memasuki pasaran tempatan, dan boleh dibeli melalui kedai fizikal dan juga atas talian mereka.

Melaluinya ia menggunakan sensor 60-Megapixel CMOS bingkai penuh yang menyokong lensa L Mount. Turut disediakan ialah pilihan tangkapan pada resolusi 60MP/36MP/28MP bergantung jenis format gambar, sama ada DNG atau JPG. Kemudian julat ISO pula ialah antara 50 hingga 100,000.

image is not available

Sistem autofokus juga lebih baik yang menggabungkan tiga teknologi berbeza iaitu Phase Detection, Object Detection dan Contrast Detection untuk penghasilan imej lebih tajam dalam pelbagai situasi. Terdapat juga pengecaman subjek pintar yang mampu meningkatkan keupayaan kamera untuk merakam adegan yang kompleks dengan mudah.

image is not available

Melengkapi Leica SL3 ialah pemproses Leica Maestro IV bersama L² Technology (L squared Technology) yang mampu menghasilkan gambar dengan warna memuaskan dan kurang hingar. Rakaman video pula boleh dibuat sehingga 8K dengan pilihan codec H.265 (HEVC) dan ProRes.

image is not available

Antaramuka pengguna turut direka semula bertujuan menjadikannya lebih mesra pengguna. Pada masa sama butang disediakan juga mempunyai warna yang berbeza seperti merah untuk mod foto dan kuning untuk video bagi memudahkan penggunaan. Kamera ini turut mempunyai kemampuan kalis air yang melepasi piawaian IP54.

image is not available

Pada bahagian belakang terdapat EVF dengan 1,843,200 titik dan panel LCD yang boleh dicondongkan sebesar 3.2-inci. Semakan melalui laman web rasmi Leica S3 disenaraikan di Malaysia pada RM36,400 sebuah tanpa lensa.