
Leica SL3-P ialah kamera bingkai penuh baharu yang sesuai untuk pelbagai jenis fotografi. Ia direka dengan foko terhadap gabungan kelajuan tinggi dan kualiti imej yang jelas.

Kamera ini menggunakan sensor 44MP dengan pilihan MultiShot Mode yang boleh menghasilkan gambar sehingga 176MP untuk butiran lebih baik Ia juga dilengkapi sistem autofokus hibrid dengan 819 titik fokus serta mampu mengambil sehingga 40 gambar sesaat sesuai untuk merakam aksi pantas dengan lebih tepat.

Leica SL3-P juga mampu merakam video sehingga 8.1K pada 24 fps, 5.8K Apple ProRes serta 4K pada 120 fps untuk rakaman gerak perlahan. Kamera ini menawarkan julat ISO 50–200,000 bersama penstabilan 5-axis bagi memastikan imej kekal stabil dalam pelbagai keadaan. Badannya dilindungi dengan pensijilan IP54 yang memberikan perlindungan tambahan terhadap percikan air.

Pada masa yang sama, SL3-P menyokong Content Credentials, iaitu ciri yang membantu jurufoto membuktikan bahawa gambar yang dihasilkan adalah asli dan bukan dijana oleh AI. Kamera ini turut boleh disambungkan ke aplikasi Leica Fotos melalui Wi-Fi 5 untuk kawalan jauh, dilengkapi slot kad SD dan CFexpress, serta menggunakan bateri BP-SCL6 dengan ketahanan lebih lama sehingga 383 rakaman mengikut piawaian CIPA.

Leica SL3-P ditawarkan pada harga bermula RM28,160 di Malaysia untuk badan sahaja. Pengguna turut boleh memilih kit lensa berbeza mengikut keperluan masing-masing pada harga tambahan yang berbeza.
