Leicester City Pecat Cooper Selepas Hanya 12 Perlawanan

25 Nov 2024 • 10:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Leicester City Pecat Cooper Selepas Hanya 12 Perlawanan

LONDON, 25 Nov (Bernama) — Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.

Cooper, yang sebelum ini pernah membimbing Nottingham Forest hanya mencatatkan dua kemenangan, dengan empat seri dan enam kekalahan daripada 12 perlawanan.

Kekalahan 2-1 kepada Chelsea di gelanggang sendiri pada Sabtu meletakkan Leicester di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris.

Apa yang lebih menarik, Chelsea kini dibimbing oleh bekas pengendali Leicester, Enzo Maresca.

“Latihan skuad utama akan dikendalikan oleh jurulatih pasukan utama, Ben Dawson dengan sokongan daripada Danny Alcock dan Andy Hughes, sementara kelab memulakan proses melantik pengurus baharu, yang kami harap dapat diselesaikan secepat mungkin,” menurut kenyataan Leicester City.

Sumber: BERNAMA