Lelaki 66 tahun hilang ketika selam di Pulau Tenggol, SAR digiatkan

22 Mar 2026 • 8:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

DUNGUN, 22 MAC: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selaman di perairan Pulau Tenggol dekat sini kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang ketika Tam Peng Hoong, 66, melakukan aktiviti berkenaan bersama-sama anaknya.

"Dimaklumkan anak mangsa (Tam) telah naik ke permukaan air selepas lima minit menyelam, bagaimanapun mangsa tidak timbul setelah sejam melakukan selaman," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan, Pahang menerima aduan berhubung insiden itu petang tadi manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan pada 2.10 petang, sembilan minit selepas aduan diterima.

Abdul Halim berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan bot Penggalang16 ke lokasi kejadian dan Pangkalan Hadapan Carilamat telah diwujudkan di Kuala Dungun di sini.

"Setakat 7 malam tadi, tiada sebarang tanda penemuan mangsa. Operasi SAR akan disambung semula pagi esok," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved