Lelaki ada lapan rekod jenayah diberkas pecah masuk rumah

17 Jan 2023 • 8:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara barang yang dirampas untuk membantu siasatan.

SUBANG JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Pengadu telah keluar meninggalkan rumah untuk mengambil anak angkatnya di SS 19, di sini pada jam 9.25 pagi dan pulang semula ke rumah kira-kira setengah jam kemudian.

"Pengadu mendapati beg milik dia dan kakaknya yang mengandungi dokumen penting serta wang tunai telah tiada," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Azlan berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali telah memecah masuk ke dalam rumah.

"Pengadu mendakwa kerugian dianggarkan RM5,800," katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 45 tahun itu berjaya diberkas di belakang sebuah restoran di sini kira-kira jam 11.30 pagi, Isnin.

"Kita berjaya merampas beberapa barangan termasuk barangan milik pengadu yang dilaporkan hilang," katanya.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan satu rekod berkaitan kes dadah.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau pegawai penyiasat Sarjan Saiful Adnin Mohammad Ali di talian 019-2292642," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved