Lelaki alami serangan jantung akibat kerap minum Energy Drink setiap hari

Health & Fitness
27 Aug 2024 • 11:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang ibu tiga anak memberi peringatan serius mengenai tabiat pengambilan minuman bertenaga, selepas suaminya mengalami serangan jantung yang mengancam nyawanya.

Dalam video tular yang telah ditonton lebih lima juta orang, pengurus kedai, Meagan Shreve, berkongsi bagaimana tabiat minum minuman berkafien suaminya telah menyebabkan jantungnya berhenti berdegup.

Menurut Meagan yang menetap di Colorado Springs, Amerika Syarikat, kejadian ini berlaku pada awal Januari 2024 di mana suaminya, Aaron Shreve, 34, membangunkannya pada tengah malam dan mengadu jantungnya berdebar, tangan dan kaki berasa kebas serta berasa tidak selesa.

Selepas dibawa ke hospital, Aaron tiba-tiba pengsan. Seorang kakitangan perubatan wanita berbadan besar menarik Aaron keluar dari kerusi dan mula menekan dadanya dengan kuat untuk menghidupkan semula jantungnya, sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah.

Selepas dipantau selama enam minggu, Aaron akhirnya pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Walaupun pada mulanya doktor tidak dapat memaklumkan punca insiden itu, pasangan berkenaan menyimpulkan serangan jantung itu disebabkan Aaron terlalu banyak minum Red Bull. Selain kopi, Aaron minum dua hingga tiga tin Red Bull setiap hari. – Agensi

View Original Article