
Membeli barangan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya merupakan satu keperluan untuk setiap rumah.
Malah ini juga boleh menjimatkan masa ketika kerja rumah sedang dilakukan sebagai contoh anda boleh menyimpan barangan makanan mentah secara terus di dalam peti sejuk tanpa perlu ke kedai untuk membelinya apabila ingin memasak.
Lelaki bawa naik peti sejuk naik tangga hingga tingkat 4 curi tumpuan
Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku di dalam sebuah video ini, apabila individu ini telah membeli sebuah peti sejuk baharu untuk rumah pangsanya.
Namun apa yang mencuri tumpuan apabila peti sejuk tersebut diangkat oleh seorang lelaki sehingga ke rumah individu berkenaan tanpa bantuan orang lain.
Lebih mengejutkan dia membawa peti sejuk tersebut naik ke tingkat empat seorang diri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Jalal Misai di Twitter, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya menurunkan peti sejuk tersebut dari lorinya.
Sandang peti sejuk di bahagian belakang badan
Dia kemudian menyandang kedua-dua tali di belakang badan seperti memakai beg sebelum menuju ke tingkat empat dengan menaiki tangga.
Lelaki itu turut kelihatan tenang dan sempat berbual dengan pemilik rumah berkenaan ketika memikul peti sejuk tersebut.
Cara nak angkat peti ais ke tingkat 4.. pic.twitter.com/m50XXDAws5
Ramai kagum & nasihat agar berhati-hati ketika angkat barang berat
Melihat di ruangan balas, ramai yang kagum melihat kekuatan lelaki tersebut semasa mengangkat peti sejuk ketika menaiki tangga.
Tidak kurang juga ada yang menasihatinya agar berhati-hati dan mengangkat dengan cara yang betul kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan sebagai contoh sakit tulang belakang dan sebagainya.
Kuat 🔥👍🏼 Kalau tingkat 1 pula macam mana caranya? 😬
Kalau tergelonsor kotak peti ais risau ke tali tu boleh luka tangan kalau kena.
Ya Allah… kau bagi la kesihatan tubuh badan yg baik utk abg ni moga memudahkan dia bekerja mencari rezeki yang halal, Aamiin.
Aku pernah angkat front loading washing machine naik tingkat 1, sorang2. Memang lebih kurang mcm ni caranya. Offload the weight ke peha dan kaki untuk angkat.
Gila kuat punya kudrat. Semoga murah rezeki abang ni sebab buat kerja tak semua orang mampu buat.
Ya Allah mesti berat gila ni aku angkat peti ais satu pintu bawa naik bilik dekat tingkat 1 pun dah menangis lepas tu terus sakit badan seharian 😭
Mmg nmpak mcm gempak n kuat. Tapi sayangilah kesihatan anda, boleh kena slip disc mcm ni. Bila dh kena mmg menyesal tk sudah. Apa2 pun mmg power angkt sorang2 je dh settle.
mmg kuat lah abg ni. salute. aku naik tingkat 2 sambil jinjing 2 plastik eco penuh pun dh mengah x cukup nafas


