Lelaki asing ditahan, didakwa rogol anak tiri

LocalPolitics
27 Jan 2025 • 9:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki warga asing tanpa dokumen, 32, ditahan polis pada Sabtu di sebuah bangunan ladang di kawasan Kalabakan kerana disyaki disyaki merogol anak tirinya yang berumur sembilan tahun.

Ketua polis daerah ACP Jasmin Hussin berkata, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat oleh bekas isterinya, 30an, di Balai Polis Kalabakan jam 10.15 pagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hasil siasatan awal mendapati, kejadian didakwa berlaku sejak beberapa bulan lepas tetapi tidak dilaporkan ekoran ugutan yang dibuat suspek, yang didakwa memberi amaran kepada bekas isterinya bahawa dia akan mencederakan dan membunuh anak mereka sekiranya wanita itu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Katanya, mangsa menceritakan kejadian rogol itu kepada ibunya pada 20 Januari lalu di rumahnya sebelum membuat laporan polis kerana risau kejadian berulang.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mangsa bawah umur itu sebelum ini dijaga oleh bapa tirinya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jasmin berkata, susulan maklumat yang diterima suspek ditangkap sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kalabakan yang menjalankan operasi di sebuah bangunan ladang di kawasan Kalabakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat agar sentiasa peka terhadap isu keganasan domestik dan penderaan terhadap kanak-kanak.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian sedemikian agar segera melaporkannya kepada polis untuk diambil tindakan.