Lelaki asing ditahan, dipercayai aktif melakukan kegiatan curi

29 Dec 2022 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah curi motosikal dan pecah tabung masjid di kawasan Dumpas dalam serbuan di Ladang Banita, Brumas, pada Selasa malam.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 20 tahun itu diberkas sepasukan anggota IPD Tawau dan Balai Polis Bombalai yang digerakkan untuk mengesan lelaki itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatannya.

“Polis bertindak membuat serbuan di Ladang Banita, Brumas dan berjaya mengesan suspek di lokasi tersebut.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal di sekitar Dumpas.

“Pasukan serbuan kemudian menuju ke Ladang Kretam bagi mengesan barang kes yang dipercayai hasil kegiatan curi suspek terlibat,” katanya.

Tambahnya, suspek dan semua barang kes yang berjaya dirampas dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.