Lelaki Bangladesh ditahan guna PLKS palsu di KLIA

19 Jan 2026 • 3:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 19 JAN: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu ketika cuba berlepas ke Dhaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, semalam.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berumur 39 tahun itu ditahan 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 ketika pemeriksaan penumpang penerbangan AirAsia yang dijadual berlepas pada 7.25 malam.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati individu berkenaan, pemegang pasport Bangladesh, memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (ePass) yang dikepilkan di dalam pasportnya. Namun, semakan lanjut mendapati pas tersebut disyaki tidak sah dan palsu,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, AKPS memaklumkan individu tersebut telah ditahan dan ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan AKPS KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang.

AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan negara serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan penyalahgunaan dokumen perjalanan atau pas imigresen.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved