Lelaki Bangladesh rogol remaja hingga hamil direman seminggu

LocalPolitics
9 Dec 2025 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Johari

NILAI - Lelaki warga Bangladesh yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sehingga hamil, direman tujuh hari bermula pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban.

"Reman terhadap suspek bermula 9 hingga 15 Disember dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut biasa rupa-rupanya sedang mengandung.

Perkara itu diketahui suri rumah terbabit ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.

Dia kemudiannya membuat laporan polis pada Mei lalu kerana mengesyaki anaknya telah dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerja mangsa iaitu warga Bangladesh.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.44 pagi pada Isnin.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved