Lelaki Batal Niat Terjun Tingkat 31 Lepas Nampak Ibu Bawa Nasi Berlauk

23 Jun 2022 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki nekad cuba untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh.

Anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu mengambil masa 4 jam untuk memujuk lelaki tersebut.

Menurut laporan Kosmo, lelaki itu akhirnya berlembut hati untuk turun selepas ibunya memujuk dengan membawa bekalan nasi berlauk ke lokasi kejadian.

image is not available

Malah, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali berkata, lelaki itu dipercayai berada di kawasan terbabit sejak malam semalam.

Pada mulanya dia bertindak agresif dan nekad cuba terjun untuk terjun dari kren itu.

image is not available

Namun, lelaki itu membatalkan niatnya selepas pihak anggota bomba telah membawa ibu dan adiknya untuk memujuk lelaki itu supaya turun dari kren yang berada di tingkat 31 tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Murid Sekarang Tak Boleh Denda, Rotan, Ibarat Macam Ternak 'Ayam' Di Sekolah" - Sanusi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved