
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 41 tahun pada Isnin dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 702.6 gram ganja tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid melepas dan membebaskan Huzaimie Ismail di hujung kes pendakwaan, tanpa dipanggil membela diri.
Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Huzaimie.
Huzaimie dilihat sujud syukur di kandang tertuduh selepas mendengar keputusan itu.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Lima saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 9 Nov tahun lepas.
Huzaimie didakwa melakukan kesalahan itu pukul 1.30 tengah hari pada 19 April, 2021, di tepi bangunan Blok B, dekat sebuah kedai pasar segar di Taman Mawar.
Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu, membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 kali sebatan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sofia S Sawayan.
Huzaimie diwakili peguam Hamida Ambo.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
