Lelaki benar PTI tinggal di premis didenda RM10,000

LocalPolitics
25 Feb 2026 • 2:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 64 tahun didenda berjumlah RM10,000 kerana membenarkan dua pendatang tanpa izin tinggal di premis di bawah kawalannya.

Yongle @ Samblih Nip Kui Chong mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Mahkamah memerintahkan Yongle membayar denda RM5,000 dan jika gagal membayarnya, dipenjara tiga bulan, bagi setiap pendatang tanpa izin yang terlibat.

Yongle dmembenarkan dua warga Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri tinggal di dua buah rumah di Kg Keritan Ulu Senagang, Keningau.

Kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM30,000, atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, seorang wanita dari China didakwa memasuki negeri ini secara haram dan gagal melaporkan diri kepada pegawai imigresen apabila tiba di Sabah.

Lin Miao sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya tetapi mahkamah tidak menerima pengakuan terbabit selepas Lin menegaskan bahawa dokumennya telah dicap di kaunter imigresen.

Bagi pertuduhan pertama, Lin didakwa memasuki negeri ini secara haram pada jam 5.40 petang, 11 Februari tahun ini di Kaunter Pemeriksaan Imigresen Rentas Sempadan/Transit, Tingkat Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa gagal melaporkan diri kepada pegawai imigresen setibanya di KKIA pada 5 Februari tahun ini antara jam 11.45 pagi hingga 4.20 petang.

Mahkamah menetapkan 10 Mac untuk sebutan bagi penyerahan dokumen dan tiada jaminan ditawarkan kepada Lin.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.