
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masalah tempat parkir kenderaan yang terhad sering menjadi isu terutamanya buat mereka yang duduk di kawasan seperti di flat, pangsapuri atau taman perumahan dengan lorong kecil sehingga menyebabkan segelintir jiran terpaksa berebut untuk meletakkan kenderaan.
Lebih teruk lagi apabila ada manusia yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan mengambil kawasan parkir di rumah jiran sehingga menyusahkan orang untuk keluar masuk.
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Letak Kon Pun Parking” – Tuan Rumah Stres Jiran Letak Kereta Depan Pagar
Baca Artikel Berkaitan: Selamba Parkir Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Orang Awam Letak Tiang Atas Bonet Bezza [Video]
Lelaki Berang Jiran Selamba Parkir Di Laluan Masuk Ke Rumah
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Bangpai meluahkan rasa berang selepas pemilik sebuah kereta jenis Perodua Axia dipercayai jirannya dengan selamba menghalang laluan masuk ke rumahnya yang terletak sekitar Saleng di Senai, Johor.
Menerusi foto perkongsian, kelihatan kereta tersebut diletakkan betul-betul di bahagian laluan masuk ke porch (anjung kereta) menyebabkan Bangpai tidak dapat meletakkan keretanya di dalam kawasan rumah.
Lelaki Halang Laluan Keluar Axia Pula
Jelas lelaki tersebut, perbuatan itu sekaligus telah menyusahkan dirinya. Oleh disebabkan itu, Bangpai telah meletakkan keretanya betul-betul di belakang Axia berkenaan.
Bak kata orang ‘Uno Reverse’, kereta Axia pula yang dihalang kali ini.
“Lama eh tak baran. Lesen mana kau suka-suka parking betul-betul (dekat tempat) owner nak masuk rumah. Bikin susah orang la ni macam. Culture shock pula aku duduk Saleng ni. Tak pasal-pasal kena parking luar. Duduk la kau situ sampai besok,” katanya.
View on Threads
Parkir Depan Rumah Jiran Adalah Satu Kesalahan
Untuk pengetahuan semua, terdapat akta dan undang-undang yang jelas mengatakan bahawa meletakkan kenderaan sesuka hati di hadapan rumah jiran adalah satu kesalahan.
Seorang peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri sebelum ini ada berkongsi tiga tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya jiran suka meletakkan kereta di hadapan pagar rumah walaupun sudah ditegur dengan baik.
Antaranya:
#1 Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)
Menurut Seksyen 48(1) APJ 1987, pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara menyusahkan atau menghalang pengguna lain adalah satu kesalahan.
Jika individu didapati bersalah, individu boleh didenda minimum RM1,000 dan maksima RM5,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya.
#2 Seksyen 22, Akta Kesalahan Kecil (AKK 1955)
AKK 1955 turut menyebut tentang kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah orang. Mengikut Seksyen 22 AKK 1955, individu yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah boleh dikenakan denda sehingga RM50.
#3 Seksyen 48 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Sekiranya jiran anda masih lagi suka parking sesuka hati, anda boleh maklumkan kepada jiran anda bahawa pihak berkuasa seperti pegawai polis, pegawai JPJ dan pegawai majlis perbandaran boleh tunda kenderaan mereka di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987.
Bagi Akta APJ 1987, undang-undang ini tidak terhad kepada kawasan perumahan sahaja. Ia boleh diguna pakai di mana-mana sahaja jalan jika pemandu meletakkan kenderaan dalam kedaaan menyusahkan dan menghalang orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun
Ramai Nak Tahu Reaksi Pemilik Axia Selepas Lihat Kereta Dihalang
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa bengang dengan sikap jiran yang tidak memikirkan keadaan orang sekeliling.
“Pelik makin lama makin tak berakal bila nak buat sesuatu. Common sense tu makin lama makin tak ada,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga tertanya-tanya tentang reaksi pemilik Axia apabila melihat keretanya pula dihalang Bangpai.
“Park kereta seminggu bang. Pergi kerja naik Grab (e-hailing) seminggu. Bagi dia rasa sikit,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ada netizen yang berkongsi sikap jirannya yang sebelum ini melakukan perbuatan sama seperti pemilik Axia.
“Jiran saya siap parkir dalam garaj. Masa tu saya balik kampung untuk mengundi, dia ingat saya duduk sana sampai hujung minggu. Noh buka pagar parking dalam terus,” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:




Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Kasi Alasan Rushing” – Netizen Berang Ramai Lelaki Letak Kereta Di Parkir Wanita
Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang Je” – Ramai Geram Lihat Myvi Parkir Sesuka Hati & Susahkan Ativa Nak Keluar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Parkir Awam Jadi Tempat Letak ‘Kereta Booking’ Raih Perhatian Ramai [Video]
