Lelaki Beri Duit RM1,000 Kepada Semua Adik Beradik Sempena Ramadan Curi Tumpuan [Video]

Entertainment
13 Apr 2023 • 4:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
lelaki beri adik-beradik duit sempena bulan puasa undang perhatian

https://www.tiktok.com/@iameg_/video/7218127494182964486

Adik-beradik merupakan insan yang kita sayangi selepas ibu bapa, malah mereka jugalah antara individu yang membesar bersama dengan kita.

Setiap kenangan yang dicipta dari kecil hingga besar sentiasa membuatkan kita merindui mereka meskipun adakalanya bertikam lidah. Namun semua itu adalah normal kepada mereka yang mempunyai adik-beradik.

Lelaki beri duit RM1,000 kepada adik beradik sempena bulan puasa

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @enriqueily yang memaparkan reaksi seronok setiap adik-beradiknya apabila menerima wang darinya sempena bulan Ramadan hingga mencuri tumpuan ramai.

“Kaya tu belum lagi cuma tahun ni terdetik aku rasa nak gembirakan adik-beradik aku sempena bulan puasa.”

Menerusi video itu, pada awalnya lelaki tersebut meminta seorang wanita mengira sejumlah wang tunai yang kononnya dikatakan untuk membayar kereta yang dibaiki.

Sebaik sahaja wanita itu mengira sehingga RM1,000 dia kemudian meminta baki wang lain yang belum dikira sebelum memintanya mengambil duit tersebut.

Pemberian wang buat semua adik-beradik terkejut

Perkara itu jelas membuatkan wanita berkenaan terkejut dan bertanya mengapakah dia memberikan wang yang banyak kepadanya sebelum menjawab ia adalah bulan Ramadan di mana kita semua digalakkan untuk bersedekah.

Hal yang sama turut dilakukan kepada 3 lagi orang adik-beradiknya dan kesemuanya terkejut dengan pemberian wang yang banyak itu.

Malah terdapat salah seorangnya bertanya adakah dia bermain saham kerana memberi mereka wang yang banyak.

Mereka dalam masa sama turut berterima kasih atas pemberian tersebut dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Video ini telah dimuat naik oleh lelaki tersebut pada awal bulan lalu namun ia menjadi tular semula di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan lelaki terbabit dan menyatakan adik-beradik dan keluarga adalah antara yang perlu diutamakan jika hendak bersedekah sebelum orang lain.

“Alhamdulillah murah rezeki bang, eratkan adik beradik”

image is not available

“Doakan saya juga bang, bestnya.. kalau kita kaya.. benda ni juga yang kita nak buat ..”

image is not available

“Adik-beradik ke bang semua tu? Alhamdulillah, memang kita perlu utamakan mereka dari orang kalau nak sedekah..”

image is not available

“Bang saya adik abang yang terpisah dari kecil.. ingat adik tak? Dulu kecil-kecil main tarik upih”

image is not available