Lelaki berjalan kaki selama 28 tahun merentasi empat benua

1 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki berjalan kaki selama 28 tahun merentasi empat benua

LONDON – Selepas hampir tiga dekad merantau merentasi empat benua, pengembara lasak, Karl Bushby, kini hanya berbaki beberapa kilometer (km) sahaja sebelum melengkapkan ekspedisi epik sejauh 57,936 kilometer kembali ke kampung halamannya di Hull, Britain, lapor stesen penyiaran BBC.

Bekas anggota payung terjun tentera British yang kini berusia 57 tahun itu memulakan misinya dari Punta Arenas, Chile pada tahun 1998 ketika berusia 29 tahun. 

Dia menetapkan dua syarat ketat sepanjang ekspedisi iaitu idak menggunakan sebarang pengangkutan untuk bergerak, dan tidak akan menjejakkan kaki ke Britain sehingga perjalanan itu selesai sepenuhnya.

Sepanjang 28 tahun misi berlangsung, Bushby telah berdepan pelbagai cabaran ekstrem, termasuk meredah hutan tebal di sempadan Panama-Colombia, melintasi Selat Bering yang membeku, dan melengkapkan cabaran berenang merentasi Selat Inggeris beberapa minggu lalu.

Kepulangannya bakal menjadi detik penuh emosi apabila bakal disambut oleh anak lelakinya, Adam, 36, bersama seorang cucu perempuan berusia 12 tahun yang tidak pernah ditemuinya sejak lahir. 

Bapa serta saudara lelakinya turut menunggu di garisan penamat, manakala ibunya menanti di rumah zaman kanak-kanak yang ditinggalkannya hampir 30 tahun lalu. – AGENSI

The post Lelaki berjalan kaki selama 28 tahun merentasi empat benua appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved