Lelaki Berjaya Rakam Lembaga Wanita Berbaju Putih & Berambut Panjang Seakan Pontianak Berdiri Tegak Dalam Pejabat

27 May 2023 • 11:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Lelaki Berjaya Rakam Lembaga Wanita Berbaju Putih & Berambut Panjang Seakan Pontianak Berdiri Tegak Dalam Pejabat

Satu video yang memaparkan penampakan kelibat seakan pontianak yang berpakaian serba putih dan berambut panjang telah tular di media sosial.

Video yang dimuat naik pengguna Tiktok bernama @akeemrhmn itu dipercayai terjadi di sebuah sekolah.

Video tersebut bermula dengan si perakam pada awalnya merakam suasana luar pejabat sekolah tersebut.

Namun apabila kamera dan lampu suluhnya diarahkan ke arah dalam pejabat, terdapat satu lembaga berbaju putih dan berambut panjang sedang berdiri tegak memunculkan dirinya.

image is not available

 

Mungkin mahu dijadikan sebagai pendinding diri, si perakam juga turut kedengaran melantunkan ayat suci Al-Quran.

Selesai membaca ayat suci Al-Quran, si perakam kemudiannya memberanikan diri untuk masuk ke dalam pejabat bagi memeriksa kehadiran kelibat tersebut.

Ketika dia mula melangkah untuk masuk, langkahnya terhenti seketika selepas dia ternampak kelibat yang lain berada di hujung koridor di kawasan yang tidak berlampu.

Dia kemudiannya memutuskan untuk terus masuk ke dalam ruangan pejabat dan terus menghidupkan lampu pejabat bagi memeriksa kehadiran kelibat tersebut.

Ternyata apabila lampu dihidupkan, kelibat yang berada di kawasan berdekatan tingkap pejabat tadi tidak kelihatan.

Tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut betul-betul sahih, namun jika benar, video itu adalah antara video penampakan yang paling jelas pernah direkodkan.

Pun begitu, menurut akaun TikTok yang memuat naik video tersebut, ianya adalah sahih dan bukannya rekaan.

image is not available

Netizen yang menonton video tersebut juga turut tidak ketinggalan berkongsikan pengalaman mereka ketika diberikan ‘rezeki’ terjumpa dengan makhluk berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Video tersebut telah menjadi tular dan sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 800 ribu kali.

Sumber: akeemrhmn

View Original Article