Lelaki Berjaya Tunaikan Hajat Terakhir Adik Kesayangan, Sambung Habiskan “Game” Legend Of Zelda

Entertainment
17 May 2023 • 10:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Berjaya Tunaikan Hajat Terakhir Adik Kesayangan, Sambung Habiskan “Game” Legend Of Zelda

Seorang lelaki di Taiwan berjaya menunaikan hajat adiknya yang tenat akibat kanser untuk menamatkan permainan video Nintendo popular “The Legend of Zelda: Breath of the Wild”, bagi pihaknya.

Memetik Mothership, permintaan tersebut adalah hajat terakhir adiknya sebelum dia dilaporkan meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Selepas bertahun, lelaki itu dikatakan tidak mahu menamatkan semua peringkat terakhir permainan tersebut kerana dikhuatiri akan kehilangan ‘hubungan istimewa’ dengan adiknya.

Bagaimanapun, dia baru-baru ini menunaikan janji itu dan kemudiannya menulis muat naik penghargaan kepada mendiang adiknya.

Kisah menyentuh hati antara dua beradik itu telah disiarkan oleh Buyo Lee di Facebook pada 9 Mei sebelum menjadi tular di media sosial.

Lee berkongsi bahawa nama adiknya ialah Li Chongshuo dan menghidap kanser serta terpaksa menjalani rawatan paliatif di hospital.

Li memberitahu abangnya bahawa hasrat terakhirnya ialah bermain “The Legend of Zelda: Breath of the Wild” sebelum dia meninggal dunia.

Dia menjelaskan bahawa dia tidak ada kekuatan untuk meneroka ke luar dan melihat dunia, jadi dia mahu menghabiskan masanya dengan pengembaraan di dunia maya.

image is not available
Kredit Lee Buyo via Facebook

Setelah mendengar kata-kata adiknya, Lee bergegas ke kedai serbaneka untuk membeli konsol Nintendo Switch dan permainan tersebut.

Lee tetap setia di sisi katil adiknya ketika menghabiskan malamnya bermain permainan tersebut.

image is not available
Kredit Buyo Lee via Facebook

Li juga sempat meminta abangnya untuk menyelesaikan permainan sekiranya dia pergi terlebih dahulu sebelum dia dapat menyelesaikannya.

Permintaan terakhir seorang adik

Malangnya, ternyata permintaan itu merupakan keinginan terakhir Li yang sedang nazak, kerana dia akhirnya meninggal dunia tidak lama kemudian.

Lee mengakui bahawa menyelesaikan permainan itu adalah satu perjuangan.

Lee bagaimanapun akhirnya menamatkan permainan selepas mengetahui bahawa sekuel bagi permainan tersebut akan dikeluarkan.

“Selepas bertahun-tahun, saya akhirnya memenuhi janji saya kepada awak,” tulis Lee.

Lee juga sempat menulis bahawa dia memiliki adik yang luar biasa hebat.

image is not available
Kredit Lee Buyo via Facebook

“Adik saya sangat hebat. Seorang adik yang terbaik pernah saya miliki,” tulis Lee lagi.

Dia juga berkongsi bahawa dia iri hati melihat mereka yang mempunyai adik untuk bermain permainan dan berbasikal bersama.

Lee juga mengakui dalam kehidupan, perkara tragis mungkin akan berlaku. Walau bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan adalah untuk terus menempuh jalan kehidupan.

Sumber: Mothership

View Original Article