'Lelaki berkepala botak' larikan beg tangan pekerja sapu sampah

10 Nov 2026 • 8:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Lelaki berkepala botak' larikan beg tangan pekerja sapu sampah
Tangkap layar kelibat kelibat lelaki yang dipercayai mengambil beg milik pekerja yang sedang menjalankan tugas menyapu sampah di hadapan Kedai Padang Awam, Temerloh pagi Selasa.

TEMERLOH – Seorang pekerja yang sedang menjalankan tugas menyapu sampah kehilangan beg tangan yang diletakkan di atas troli di hadapan Kedai Padang Awam, di sini pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi ketika pengadu sedang menjalankan kerja berkenaan.

“Pengadu mendapati beg tangan yang diletakkan di atas troli telah hilang.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil beg tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, beg berkenaan mengandungi wang syiling yang jumlahnya tidak dapat dipastikan tetapi kurang daripada RM15, selain kad insurans dan cermin mata bernilai RM150.

Beliau menambah, suspek merupakan seorang lelaki berkepala botak manakala bangsa suspek masih belum dikenal pasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

 

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved