Lelaki berpakaian 'mumia' pesakit mental - Polis

20 Jan 2025 • 8:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video lelaki mumia itu yang berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar di sini pada Isnin.

SHAH ALAM - Lelaki yang berpakaian 'mumia' disahkan mengalami masalah mental selepas kelibatnya berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar di sini, tular di media sosial pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, polis kemudian menahan lelaki berusia 25 tahun itu di sekitar Parit 6, Sungai Besar.

"Hasil siasatan lanjut mendapati individu itu mengalami masalah gangguan mental," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Robin memberitahu, polis kemudian membawa lelaki itu ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut dengan ditemani warisnya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian yang menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, media melaporkan penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved