Lelaki Berperwatakan Wanita Maut Berhampiran Hotel, Pemandu Lori Ditahan Bantu Siasatan

28 Aug 2025 • 10:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Misteri penemuan mayat seorang lelaki berhampiran sebuah hotel di Jalan Horley semalam mula terungkai apabila polis menahan seorang pemandu lori berusia 32 tahun.

Pemandu lori ditahan di TBS

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan dibuat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, selain merampas dua telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah pondok pengawal di Taman Tawas Idaman Square.

Di lokasi itu, dua kunci serta sebuah lori putih yang dipercayai digunakan dalam kejadian berjaya ditemui semula,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan belakang badan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan, manakala permohonan reman terhadap pemandu lori telah dibuat bagi membantu siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian semalam, mayat mangsa berpakaian lengkap dijumpai tidak sedarkan diri oleh seorang pekerja hotel kira-kira jam 6 pagi.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dikejar sebuah lori putih berpenutup sekitar jam 4.24 pagi, sebelum berlaku pergelutan dengan suspek.

Mangsa kemudian terjatuh di hadapan kenderaan, dirempuh dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro (Zahratulhayat Mat Arif)