Lelaki Bersin Terlalu Kuat Sampai Terkeluar Usus

12 Jun 2024 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki dilaporkan berdepan situasi menakutkan apabila ususnya terkeluar gara-gara bersin terlalu kuat.

Lelaki berusia 63 tahun berasal dari Amerika Syarikat itu difahamkan sedang bersarapan dengan isterinya ketika kejadian.

image is not available

Sumber: Google

Lelaki itu juga pernah menjalani pembedahan di bahagian abdomen sebelum ini dan dia berasa basah di bahagian perut selepas bersin disusuli sakit yang menyucuk-nyucuk.

Dia kemudian mengangkat baju dan terkejut melihatkan beberapa inci ususnya telah terkeluar di bahagian luka pembedahan.

image is not available

Sumber: Google

Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital dan pemeriksaan mendapati bahawa terdapat bukaan seluas tiga inci dan sejumlah besar usus terkeluar namun mangsa tidak kehilangan banyak darah dan mengalami kerosakan organ.

Doktor dilaporkan berjaya memasukkan semula usus berkenaan ke bahagian sepatutnya dan lelaki itu dibenarkan pulang ke rumah setelah 6 hari dirawat di hsopital.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Saya Nak Tanya, Adakah Ia Dibenarkan?" - Ibu Pelajar 'Naik Angin' Lihat Guru Bercuti Di Luar Negara Ketika Sesi Persekolahan

View Original Article