Lelaki bertopeng letupkan bunga api bateri hala ke rumah juruvideo

28 Jul 2026 • 7:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki bertopeng letupkan bunga api bateri hala ke rumah juruvideo

KOTA BHARU – Seorang juruvideo sambilan di sebuah stesen televisyen hidup dalam ketakutan selepas seorang lelaki bertopeng meletupkan sekotak bunga api bateri menghala ke arahnya dalam kejadian di Kampung Wakaf Tanjong, Chepa di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika Kamisah Azid, 55, sedang bersiap-siap untuk tidur sebelum wanita itu dikejutkan dengan bunyi letupan berwarna-warni kuat di depan rumahnya.

Kamisah yang merupakan ibu tunggal berkata, mendengar letupan itu, anak keduanya, Nur Shairah Solehah Ahmad Norzaki, 30, menjerit ada seorang lelaki bertopeng meletupkan bunga api tersebut di hadapan rumah.

Katanya, dia yang terkejut terus menjenguk ke luar rumah dan mendapati memang ada orang meletupkan bunga api yang biasanya dibakar semasa musim perayaan.

Image from: Lelaki bertopeng letupkan bunga api bateri hala ke rumah juruvideo
Nur Shairah menunjukkan sekotak mercun bateri yang dibakar di depan rumahnya di Kampung Wakaf Tanjong, Chepa dekat Kota Bharu semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

“Saya juga menjerit ‘Ya Allah, siapa yang pasang bedil (mercun) depan rumah aku ini’. Keadaan itu menyebabkan kami sekeluarga terus bersembunyi untuk menyelamatkan diri.

“Dalam garaj di depan rumah ada beberapa buah kereta. Nasib baik letupan bunga api itu tidak kena pada kereta dan hanya beberapa bahagian rumah terutamanya atap ada kesan terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, Nur Shairah berkata, dia melihat cahaya mereka seperti api membakar rumah berhampiran tingkap biliknya lalu mendukung anaknya yang berusia tiga tahun sambil menjerit memanggil ibunya yang berada di tingkat bawah.

“Pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali bertindak mencucuh bunga api itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Honda yang tidak dapat dipastikan jenisnya berkelabu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki bertopeng letupkan bunga api bateri hala ke rumah juruvideo appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved